Thursday, May 31, 2012

Album Terbaru Nora - Hikmah

Baru-baru ini, penyanyi Nora Ariffin (Nora) telah melancarkan album terbarunya berjudul Hikmah. Album ini menampilkan konsep yang selari dengan penghijrahan penyanyi tersebut. Majlis pelancaran telah berlangsung di Saloma Bistro pada 17 Mei 2012. 


Komposer Cahaya Pena turut menyumbangkan sebuah melodi ciptaannya, iaitu lagu berjudul Terima Kasih Ibu. Lagu ini telah dicipta beberapa tahun lalu, dan baru kini diterbitkan dengan susunan muzik oleh Johan Nawawi dan petikan guitar oleh Rezal Sky. Lirik pula telah ditulis oleh penulis lirik tersohor negara, Habsah Hassan. 



Lagu ini merupakan satu penghargaan buat kaum ibu dan melodinya merupakan kebanggaan Cahaya Pena kerana beliau telah menampilkan sedikit kelainan didalam penciptaan lagu ini. Untuk melihat gambar sekitar majlis pelancaran album Hikmah, sila klik gambar di bawah (kredit blog Budiey).


Dapatkanlah album terbaru Nora ini, ia turut menampilkan lagu-lagu ciptaan Adnan Abu Hassan, Sharon Paul dan ramai lagi. Lagu Di Persimpangan Dilema juga turut diberikan nafas baru dengan senikata ditulis semula oleh Amran Omar.