Friday, October 1, 2010

Lagu Tema Filem Lurah Dendam (1996)


Pada tahun 1996, filem Lurah Dendam arahan Y.M. Raja Ahmad Alauddin menemui peminat; dibintangi barisan pelakon seperti Eizlan Yusof, Raja Azura, Ridzuan Hashim, Chef Wan dan ramai lagi.  

 (gambar dari kredit penghujung filem Lurah Dendam)

Lagu tema bagi filem ini telah menerima sentuhan Cahaya Pena yang menyumbangkan senikatanya. Lagu yang beliau namakan "Warna Alam Rimba" ini berkisar tentang alam sekitar dan video klipnya telah digunakan oleh TV3 pada tahun itu untuk meningkatkan kesedaran awam mengenai betapa pentingnya memelihara alam sekitar.

Kumpulan M'Steen

Pada tahun 1993, Cahaya Pena bersama-sama di belakang tabir untuk menerbitkan album dari kumpulan M'Steen yang berjudul M'Steen '93. Album ini diedarkan oleh Denoris Records. 

Penerbit: 
Azman Hj Abu Hassan
Penerbit Eksekutif: 
Jer Sani
Penolong Penerbit: 
Johan Nawawi & Cahaya Pena
Urusan A & R: 
Zul Mahat
Studio Rakaman: 
Studio 67


Selain dari bersama-sama menerbitkan album ini, Cahaya Pena turut menyumbangkan lirik-lirik beliau untuk beberapa buah lagu, iaitu; M'Steen 1, Kembalilah Kasih, Ngeri-Ngeri, Terkuburnya Satu Kesucian, dan Telefon.



Lagu Kembalilah Kasih merupakan lagu hit bagi kumpulan M'Steen dan masih diminati ke hari ini. Berikut adalah senikata Kembalilah Kasih, hasil nukilan Cahaya Pena.

Sayup Irama
Hujan Membasahi
Tersenyum Seketika
Ingatan ku Kembali
Suatu Masa Dulu
Kau Di Sisi Ku
Bagai Cahaya
Yang Bersemi

Korus:
Kembalilah Kasih
Kembali Padaku
Lupakanlah Kasih
Sengketa Dulu
Kembalilah Sayang
Kembali Segera
Padaku Semula
Masa Berlalu
Kita Berjauhan
Berpadu Rasa Rindu
Meresap Kesepian
Setiap Waktu Daku
Kedinginan
 
Ku Ingin Bersamamu
Selamanya
Indah Dalam Cinta